Monday, September 27, 2010

APA ITU DADAH?

PENGERTIAN DADAH

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.


Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.

    • Opiat

    • Perangsang (stimulants)

    • Penekanan (Depressants)

    • Hallucinogen

    • Ganja (Cannabis)


Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja

PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.


Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

    • Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.

    • Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.

    • Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.

    • Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.

    • Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.

    • Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.

    • Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.

    • Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.

    • Kerana keporak perandaan rumahtangga.

    • Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.

    • Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.

    • Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.

    • Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.
 KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]

Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:

  • Khayalan atau halusinasi pada penghilatan dan pendengaran;

  • Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;

  • Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan

  • Bersifat agresif.
Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:

  • Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);

  • Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;

  • Keracunan pada sistem saraf tunjang;

  • Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;

  • Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan

  • Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment